KAITAN PROJEK SAINS DENGAN PERANAN PRINSIP SYARIAH ISLAM
Memelihara nyawa
Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia yang menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.
Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.
Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan badan dan memelihara nyawa manusia.
Apa yang boleh dikaitkan peranan syariah islam memelihara nyawa dengan projek sains ciptaan kami ‘SMART GAS AND FIRE ALERT’ ini adalah kami tidak menggunakan bahan-bahan yang merbahaya serta boleh mengancam dan membunuh nyawa manusia . Malah memberi manfaat kepada manusia memberi peringatan bahawa sekira berlakunya kebakaran disesuatu bangunan kita dapat menyalamatkan diri kita dari kebakaran.
Hal ini demikian kerana projek ini berfungsi sebagai mengesan asap kebakaran melalui sensor MQ2 yang mampu bertindak balas melalui asap dan memberi amaran bunyi melalui buzzer. seterusnya sensor flame juga memberi tindak balas api sekiranya ada api yang ada berhampiran dengannya dan sekali gus memberi notification kepada pengguna sekiranya ada berlakunya kebakaran.
Selain itu , ia juga boleh dipasangkan di mana - mana tempat bangunan yang kursusnya menjadi tempat yang senang berlakunya kebakaran seperti dapur gas. Oleh hal yang demikian , alat ciptaan projek kami ini memberi manfaat kepada seluruh pengguna bagi membantu memberi tindak balas awal sekiranya berlaku kebakaran .
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati
Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia. Perkara ini dituntut oleh syariat Islam bagi mengelakkan berlakunya kerosakan.
Contohnya Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.
Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mempunyai prinsip pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan dianggap remeh.
Jelaslah bahawa projek kami iaitu Smart Gas And Fire Alert ini juga merupakan salah satu langkah pencegahan bagi manusia dari mengalami sesuatu perkara yang tidak diingini. Sudah terang lagi bersuluh Smart Gas And Fire Alert ini digunakan oleh masyarakat kita untuk menyelamatkan diri daripada berlakunya kebakaran yang boleh menyebabkan kematian. Seperti dalam sektor bangunan yang besar memberi impak supaya bila berlakunya kebakaran kita dapat menyelamatkan diri kita sebelum perkara yang tidak diingin berlaku.
Comments
Post a Comment