Mizan [ Kesetaraan ]

Mizan yang bermaksud kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.

·    Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat.

·    Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.

·    Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.

·    Berdasarkan apa yang telah saya fahami tentang Mizan adalah dalam setiap perkara perlulah mempunyai keseimbangan atau keadaan yang setara . Apa yang dapat saya terangkan disini tentang maksud mizan jika dikaitkan dengan projek Smart Fire And Gas adalah setiap sensor yang digunakan di dalam projek mempunyai fungsi tersendiri di dalam kedudukan yang betul bagi mengesan berlakunya kebakaran.

·    Contoh yang dapat digambarkan di dalam projek ini adalah apabila esp32 yang dihidupkan melalui wifi maka seluruh sensor dapat berfungsi dengan tugas-tugas sendiri.Seperti mana yang dimaklumkan gas MQ2 mengesan asap yang terhasil dari kebakaran . Sensor Flame mengesan api daripada kebakaran. Seterusnya apabila kedua -dua sensor tersebut mengesan kebakaran lalu menghantar isyarat melalui aplikasi blynk

·    Dengan adanya prinsip syariah ini iaitu kesetaraan , projek dapat berfungsi dengan sempurna kerana mempunyai keseimbangan dan kesetaraan bagi setiap bahan. 

Comments