Rabbaniah [ Ketuhananan ]

 .       Rabbaniah bermaksud ketuhanan iaitu segala konsep,hukum,peraturan,nilai dan prinsip yang terkandung dalam islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT dan hadis yang sahih.

·       Prinsip syariah yang pertama ini menjelaskan syariah islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Ini bermakna kita tidak boleh mengubah apa pun yang terkandung dalam prinsip syariah ini. Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah,ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.

·       Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah swt. Ini bermaksud bahawa manusia dibenarkan untuk menerokai apa sahaja khazanah yang terdapat di alam ini dengan syarat kita perlu menjaganya dengan baik dan tidak memusnahkannya sesuka hati.

·       Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah swt. Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah swt dan menginsafi keagunganNya.

·       Seterusnya, kaitan antara projek sains kami iaitu Smart Gas And Fire Alert dengan prinsip syariah Rabbaniah ini ialah kami membina projek ini berpandukan konsep,hukum,peraturan,nilai dan prinsip yang terkandung dalam islam yang secocok dengan keperluan manusia.

·       Kami juga membina projek ini tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran semua umat manusia.

·       Oleh itu, islam menyarankan kita agar sentiasa menerapkan prinsip ketuhanan ini dalam membina atau menciptakan sesuatu supaya kita terus mengabdikan diri kepada Allah swt dan menyedari akan keagunganNya.


Comments