SYARIAH ISLAM

 




 

 Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah  sumber air atau memberi makna jalan yang lurus [al-Jathiyah : 18]

·     Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW .

·      Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat .

·     Terdapat 5 prinsip syariah iaitu Rabbaniah , Wasatiah , Tawazun , Mizan serta Mutlak dan Murunah . 


Comments